Pengangkutan di Segamat Segamat

Terminal Pengangkutan Awam Segamat di Bandar Segamat.

Segamat mempunyai jaringan jalan raya persekutuan dan negeri yang cukup baik. Laluan Persekutuan adalah jalan raya utara-selatan utama, yang turut dihubungkan ke lebuh raya kebangsaan utama, Lebuhraya Utara-Selatan (jajaran selatan), melalui EXIT 227 (Persimpangan Simpang Ampat) dan EXIT 243 (Persimpangan Yong Peng Selatan); kedua-duanya terletak di luar Daerah Segamat.

Laluan Persekutuan menghubungkan Segamat dengan bandar-bandar utama di kawasan barat daya seperti Tangkak, Bandar Melaka, Muar dan Batu Pahat. Ia juga dihubungkan ke Lebuhraya Utara-Selatan melalui EXIT 235 Persimpangan Tangkak. Sementara itu, Lebuhraya Tun Razak laluan menghubungkan Segamat dengan Kuantan serta negeri-negeri pantai timur.

Selain itu, terdapat beberapa jalan raya negeri utama di Segamat, antaranya:-

Perkhidmatan

Selain sistem jaringan jalan raya, Daerah Segamat juga turut dihubungkan dengan sistem kereta api kebangsaan di stesen kereta api Segamat dan Labis.

Perkhidmatan Keretapi Antarabandar-Semua perkhidmatan keretapi antarabandar dari selatan ke utara dan pantai timur mahupun dari pantai timur dan utara ke selatan, akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di stesen keretapi segamat

-Senarai Perkhidmatan KTM Antarabandar:

  • Ekspres Rakyat (Singapore-JB Sentral-Segamat-Kuala Lumpur-Butterworth)
  • Ekspres Senandung Sutera (Singapore-JB Sentral-Segamat-Kuala Lumpur)
  • Ekspres Sinaran Timur (Singapore-JB Sentral-Segamat-Tumpat)
  • Ekspres Senandung Timuran (Singpore-JB Sentral-Segamat-Tumpat)
  • Ekspres Sinaran Selatan (Singapore-JB Sentral-Segamat-Kuala Lumpur)

-Terdapat tiga laluan bas antarabandar utama yang melalui Daerah Segamat:-

  • Yow Hoe (Gemas-Ayer Hitam)
  • North-West Johor (Segamat-Muar)
  • Kenderaan Bas MARA DARA (Segamat-Muadzam Shah)

-Kemudahan Kesihatan

  • Hospital Segamat
  • Klinik Kesihatan Bandar Putra
  • Poliklinik Segamat Jalan Muar
  • Klinik Pergigian Segamat Jalan Muar

Kemudahan Perpustakaan Awam

  • Pada masa kini Segamat mempunyai sebuah perpustakaan awam yang terletak di Jalan Genuang Kampung bersebelahan dengan Mahkamah Tinggi dan bertentangan dengan Stadium Mini Segamat.Perpustakaan awam ini dikelolakan oleh Majlis Daerah Segamat. Perpustakaan ini memiIiki Iebih 50, 000 koleksi buku yang terdiri daripada buku-buku rujukan, buku kanak-kanak dan bacaan umum. Perpustakaaan ini beroperasi tiap-tiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Kemudahan Bomba

  • Balai bomba segamat terletak Jalan Abdullah, Segamat dan mengawal kawasan segamat dengan keluasan 127,040.3 hektar daripada keluasan keseluruhan Daerah Segamat 282,534.5 hektar. Selebihnya adalah dibawah jagaan Balai Bomba Bandar Putra, Segamat.

Kemudahan Pos

  • Bersesuaian dengan peranannya selaku pusat yang menjadi tumpuan orang ramai, sebuah pejabat pos dibina di Jalan Awang,Segamat.Mempunyai sebuah mini pos di Labis,Segamat bersebelahan dengan Balai Polis Labis.

Kemudahan awam

Setelah pembentukan Daerah Segamat, kerajaan mula membangunkan Segamat terutamanya dengan aktiviti pertanian bagi memacu ekonomi Segamat. Ia termasuklah pembinaan sistem kereta api kebangsaan yang melalui bandar Segamat.Stesen KTM Segamat memberi perkhidmatan kereta api bagi daerah Segamat, Ledang dan Muar Johor serta pembinaan jalan utama yang dikenali sebagai Laluan Persekutuan .

Pada tahun 1970-an, Lebuhraya Tun Razak telah dibina bagi memacu ekonomi Segamat sebagai hab pertanian, memendekkan perjalanan ke Kuantan serta untuk menyegerakan proses pembangunan di kawasan mundur di selatan Pahang.

Pada tahun 1996, Pelabuhan Darat Segamat dibina bagi menjadikan Segamat satu lagi hab pengangkutan utama, sebagai mana Nilai di Negeri Sembilan. Dengan pembinaan pelabuhan darat tersebut, pengilang hanya perlu menghantar barang ke Pelabuhan Darat Segamat dan kemudian barang tersebut akan dihantar ke pelabuhan terdekat seperti Pasir Gudang melalui kereta api dan ini boleh meningkatkan kecekapan pengangkutan.

Pada tahun 1999, jambatan kedua Segamat, telah dibina dan dibiayai oleh pihak swasta bagi mengurangkan kesesakan di jambatan utama. Jambatan tersebut dimasukkan sebagai sebahagian pakej Jalan Lingkaran Dalam Segamat yang terdiri daripada kerja naik taraf kepada jalan 4 lorong di Jalan Pemuda, Jalan Hassan, Jalan Pee Kang Hai dan Jalan Chia Chin Koon, siap pada Ogos 2005. Jalan lingkaran dalam tersebut amat berguna bagi mengalihkan aliran lalu lintas apabila jalan-jalan utama di pusat bandar ditutup bagi upacara khas seperti Hari Kebangsaan.

Rujukan

WikiPedia: Segamat http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=2510 //scholar.google.com/scholar?q=%22Segamat%22 //www.google.com/search?&q=%22Segamat%22+site:news... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Segam... //www.google.com/search?q=%22Segamat%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Segamat%22+... http://www.utusan.com.my/mobile/berita/wilayah/joh... http://ptj.johor.gov.my/index.php/pejabat-tanah/pe... http://www.johordt.gov.my/mds/ http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/asal_us...